Wednesday, December 31, 2008

Guru-guru diperlukan segera!!!!!

Guru-guru diperlukan segera!!!!!

Berita baik!!!! Tawaran istimewa untuk rakyat Malaysia!!

Sesiapa yang berminat untuk mengajar di Negara Brunei Darussalam, inilah peluangnya. Sebuah sekolah Islam, Sekolah Rendah Alif, sedang mencari calon-calon bagi mengisi beberapa jawatan kosong di sekolah tersebut.

Antaranya:-
1. Guru Besar
2. Guru Bahasa Inggeris
3. Guru Bahasa Arab
4. Guru Matematik
5. Guru Sains

Gaji dan Kemudahan penempatan boleh dibincangkan. Peluang masa yang sangat terhad. Temui segera wakil Sekolah, Tuan Haji Asri yang kini berada di Malaysia sehingga Hari Jumaat ini, 2 Januari 2009.

Hubungi beliau di talian 016-8954782. Buat temujanji anda dengan beliau segera dan dapatkan detail maklumat melalui beliau!!

Kriteria yang diambil kira:-

Bagi jawatan guru matapelajaran:
Graduan dengan diploma atau ijazah sarjana muda, atau sarjana tidak memerlukan pengalaman mengajar.
Keluaran SPM dengan pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun.

Manakala bagi jawatan guru besar:
Pemegang ijazah sarjana muda atau lebih tinggi dengan pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun.

Lelaki dan wanita digalakkan mencuba.

Cepat!!! Jangan lepaskan peluang berharga ini. Jadilah sebahagian dari komuniti yang membentuk modal insan untuk ummah.

Tuesday, December 30, 2008

Jadi Follower Alumni Nasional

Perhatian kepada semua ahli alumni Sekolah Islam Se Malaysia & semua pengunjung.

Jadilah sebahagian dari komuniti besar Alumni Nasional dengan menjadi follower kepada blog ini. Mudah sahaja. Di sidebar sebelah kanan anda ada column follower. click dan ikut arahan seterusnya. Mudah kan?

Semoga ia akan meningkatkan lagi motivasi kita, dan melajukan lagi aktiviti-aktiviti untuk semua. Sokongan anda, sangat kami hargai.

Sekian.

Admin, Alumni Nasional

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru Hijri

Alumni Nasional ingin mengucapkan selamat tahun baru hijriah kepada semua ahli alumni dan pengunjung sekalian. Mohon doa semua agar tahun ini akan lebih berjaya, dan meluaskan lagi jaringan networking. Selain itu, menjadi harapan juga untuk melihat Alumni Nasional boleh memeri manfaat kepada semua. Amin
Sekian.
Admin,
Alumni Nasional.

Saturday, December 27, 2008

Belajar Bahasa Arab

Take the First step towards understanding the Qur’an.

Learn to speak arabic within 3 MONTHS!!!!

“We verily have made it a Qur’an in Arabic that you may be able to understand (its meaning and its admonitions)” Surah Az-Zukhruf (43:3)

Programs available for all ages:
· Individual (1 to 1)
· Group (minimum 3-maximum 5 students per class)
· Intensive School Holiday Program
· Year End School Holiday Intensive Program
· (10 weeks) –In Bangi, Selangor or in San’aa, Yemen.

Class schedule available
· 8.00am -10.00am
· 10.30am -12.30pm
· 2.30pm -4.30pm
· 5.00pm -7.00pm
· 8.00pm -10.00pm

Class conducted y Arab Teachers experienced in teaching non Arab students


ARABIC RESOURCE CENTRE
(SA 0073077-A)
(In coorperation with San’aa Institute for Arabic Language, Yemen)
www.sialyemen.com

No. 31-1, 1st floor, Jalan 9/9C, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89268162 / 013-2491060 (attention Mr. Azam)

· Now open for registration Limited Seats Only

Thursday, December 18, 2008

Prog. Sambutan Batch 14 ALIPH

Warga Alumni Hira' yg berkelapangan dijemput hadir bagi memeriahkan
Prog Sambutan Batch 14 Hira' + BBQ sabtu ini.
Ya, dah 14 batch dah.. Maklumat lanjut seperti berikut:
Tarikh: 20 Dis 2008 (sabtu)
Masa: 8.30am - 12pm ( masih blh attend walimah sblh ptg..)
Tempat: Hutan Lipur SUK @ Taman Tasik Mini Sebelah Mahkamah Sek 4
Aturcara:
0800: Pendaftaran (+ Refreshment)
0845: Ice Breaking0915: Dialog Alumni (+ Refreshment)
0945: LDK
1045: Wasiat Muallim
1100: BBQSasaran kehadiran:
wakil Muallim/ah Hira'

Adik2 batch 14 (berjumlah 56 org kesemuanya)

Anda! Ya, anda ahli2 alumni
Objektif:
- Memperkenalkan Alumni kpd lepasan SPM2008
- Menarik minat lepasan SPM2008 utk memperkasakan Alumni
- Merapatkan ukhuwah antara Alumni dan SPM2008
Jom beri sokongan moral kepada adik2.. di samping mempertautkan semula hati2 kita. Berminat hadir?
maklumkan kehadiran anda mel sms kpd:
zubair: 019-203 3424sarah seth: 013-241 0906
p/s: Insya-Allah siri makluman semasa mengenai Alumni juga akan diberitahu dari semasa ke semasa. Nantikan

Karnival Kebudayaan: Belia & Komuniti

PERHATIAN IKHWAH & AKHAWAT SEKALIAN
~TINGGAL BEBERAPA HARI SAJA LAGI~
KARNIVAL KEBUDAYAAN:BELIA & KOMUNITI
AKAN MENEMUI ANTUM SEMUA!!
DGN BERTEMAKAN
"SIMBIOSIS BELIA DAN BUDAYA"
KARNIVAL INI AKAN BERLANGSUNG SERENTAK DGN
(PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL)
PKNPADA27 - 28 DISEMBER 2008/ 1429H
LOKASI KARNIVAL PUN CUKUP STRATEGIK & DEKAT DGN LOKASI PKN BERLANGSUNG IAITU
DIDATARAN KEMERDEKAAN & SEKITAR MUZIUM SHAH ALAM, SELANGOR
Macam2 aktiviti menarik menanti kita semua.
Sesuai untuk semua peringkat umur.
Jadi bawa kaum kerabat & anak2 ke karnival kebudayaan belia & komuniti!!
PROGRAM INI ADALAH ANJURAN KARISMADENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JIM
NAK TAHU DGN LEBIH LANJUT TTG PROGRAM INI, CEPAT2 LAYARI

Tuesday, December 2, 2008

Jom sertai ESQ Teens!!!!!!!!!!!!

ESQ Teens utk lepasan SPM adalah seperti berikut:Date : 23-24 Disember 2008

Venue : Hotel Concord, Shah Alam

Fee : RM700

Age : 13-18 years old

Trainer : Firdaus Djamaris

Promotion : Payment before:09/12/08 - RM 630
16/12/08 - RM 665
Family Package - Register for 3 people and more - RM 635

Sunday, November 30, 2008

Iman vs 20 sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatut nya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
p/s: Inilah antara perkara yang sering berlaku dalam kehidupan kita... Renungkan...
" DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

KEBAIKAN MENGHAPUSKAN KEBURUKAN
dengan ihsan dipetik dari perkongsian di frienster alumni nasional.

Tuesday, November 25, 2008

Ringkasan Keputusan UPSR 2008 Sri Al-Amin Bangi


Assalamualaikum,
Dimaklumkan kepada ahli,

23 daripada 89 adik2 tahun 6 mendapat 5A

Semoga kecemerlangan akademik yg diperolehi turut diiringi kecemerlangan sahsiah dan iman kepada Allah.Wassalam

Sunday, November 23, 2008

Khusus buat semua lepasan SPM 2008

Persatuan Belia Islam Nasional sekali lagi akan mengadakan KEM LEPASAN SPM bagi siri yang ketiga.
Program yang bakal memberi seribu satu pendedahan kepada semua bakal penuntut di Universiti dalam dan luar negara, serta panduan dan perkongsian pengalaman daripada penuntut-penuntut dari pelbagai Universiti !
Program ini juga bakal memberi persediaan mental di samping ketenangan fizikal dengan berbagai-bagai aktiviti dan games!

Nantikan info lanjutan di http://kemlepasanspm.blogspot.com/ pada masa akan datang!

Saturday, October 25, 2008

Selamat berjuang dalam exam akhir semester anda

Alumni Nasional mendoakan kejayaan anda semua, tak kira dimana juga, dalam peperiksaan akhir semester nanti. seamat berjaya.

Insya allah Alumni Nasionalakan terus menyusun semula gerak kerjanya supaya lebih tersusun,dalam semua itu masih dalam proses. Doa kalian amat diharapkan.

sekian.
Alumni Nasional

Thursday, May 29, 2008

FAQ berkaitan Alumni Nasional

1. Apakah Alumni Nasional ini?

Alumni Nasional merupakan wadah rasmi bagi gabungan alumni semua sekolah rangkaian kelolaan Musleh dan MGB-SIM meliputi semua alumni , samada yang telah atau belum berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

2. Siapakah Alumni Nasional?

Alumni Nasional merupakan badan pusat di peringkat nasional yang mengikat hubungan antara semua alumni sekolah-sekolah SMI. Alumni Nasional bukanlah entiti lain daripada alumni-alumni SMI sedia ada. Ia cuma ditubuhkan secara bersama oleh semua alumni-alumni SMI sedia ada bagi mengukuhkan lagi institusi alumni serta mengeratkan lagi kerjasama antara semua alumni SMI.

3. Apakah gabungan yang termasuk dalam Alumni Nasional ini?

Setakat ini yang telibat adalah semua alumni sekolah rendah dan menengah SMI seperti:-

a. Alumni Institusi Pendidikan Hira’ (ALIPH)

b. Alumni Al-Amin Bangi (FASA)

c. Alumni Hidayah Johor

d. Alumni Al-Amin Gombak

e. Alumni Al-Islah Sg. Petani

f. Alumni Al-Hidayah Ipoh

g. Alumni Sri Aman Kelantan

h. Alumni Al-Amin Kemaman

i. Alumni As-Saidiyyah Seremban

j. Alumni Al-Irsyad Kuantan

k. Alumni Al-Furqan Kuala Kangsar

l. Alumni Al-Azhar, Jitra

m. Alumni Al-Amin Kuala Lumpur

Sekolah lain yang sealiran tetapi tidak tertakluk di bawah MUSLEH seperti Adni dan Al-Manar belum dimasukkan dalam senarai gabungan buat masa ini. Tetapi berkemungkinan di masa hadapan.

4. Apakah latarbelakang Alumni Nasional ini?

Inisiatif penubuhan sebuah gabungan alumni telah lama disuarakan, semenjak tahun 2003 lagi. Namun hanya selepas itu, pada akhir 2006 ia berjaya direalisasikan, selepas disuarakan oleh Pengarah Eksekutif MUSLEH, Ust. Megat Mohd Amin kepada sekumpulan ahli alumni yang menuntut di sekitar Lembah Klang.

Seterusnya beberapa siri mesyuarat telah diadakan, sehinggalah beberapa orang AJK Pemandu telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja mengenalpasti dan berhubung dengan pimpinan-pimpinan alumni SMI di seluruh negara sehingga dapat menubuhkan JK Penaja yang lebih kompeten dan menyeluruh merangkumi semua alumni sedia ada.

Selepas beberapa ketika progresnya agak perlahan, penyusunan semula JK Pemandu telah dilakukan. Dan sehingga kini, sebuah JK Penaja telah dilantik, mewakili hampir kebanyakkan pimpinan alumni SMI sedia ada.

Di samping itu, beberapa dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional yang telah dibentangkan dan dipersetujui bersama, akan dijadikan plan pemandu kepada penubuhan Alumni Nasional. Namun demikian, sebarang pembaikan amatlah dialu-alukan.

Buat masa ini, alumni SMI yang terlibat dalam JK Penaja ialah Alumni Hira’, Hidayah Johor, Al-Amin Gombak, Al-Amin Bangi, Al-Islah, Al-Amin Kemaman dan Aman Kelantan. Manakala yang lain masih belum dapat dihubungi atau telah dihubungi tetapi tidak dapat hadir atau memberikan komitmen terhadap usul ini.

5. Mengapakah perlu kepada kewujudan Alumni Nasional?

Alumni Nasional melihat keperluan kewujudannya adalah sangat signifikan. Antara lain:-

a. Kewujudan lebih 11 alumni SMI di seluruh Malaysia telah menjadikan penubuhan sebuah badan penyelaras di peringkat nasional begitu perlu.

b. Keahlian seramai lebih 2000 orang yang berdaftar dengan semua alumni SMI. Ini tidak termasuk mereka yang merupakan lepasan SMI tetapi tidak atau belum berdaftar dengan mana-mana alumni SMI.

c. Jumlah lepasan SMi sehingga kini secara kasarnya telah mencapai angka 5000 orang, dan mungkin lebih (kajian sedang dibuat). Angka ini akan bertambah setiap tahun dan dijangka akan meningkat dengan lebih pantas lagi.

d. Angka penuntut Malaysia di luar negara yang terdiri dari kalangan ahli alumni SMI semakin bertambah dan ini memerlukan sebuah badan penyelaras bukan lagi di peringkat alumni lokaliti, bahkan di peringkat nasional untuk memantau dalam beberapa aspek.

e. Fakta bahawa generasi kedua SMI (anak-anak kepada ahli alumni SMI) bakal memasuki institusi-institusi SMI dalam tempoh tiga tahun akan datang menjadi motivasi terbesar untuk kepakaran ahli-ahli alumni SMI digembleng bagi memastikan sistem pendidikan Islam yang diterajui oleh MUSLEH akan terus relevan dengan perubahan dan perkembangan zaman.

f. Fakta bahawa sehingga kini beberapa generasi (batch) telah menyelesaikan pengajian di peringkat tinggi, dan mereka kini sedang berkhidmat di pelbagai agensi dan syarikat. Kemahiran yang mereka miliki ini harus dioptimumkan dan digunakan sebaik mungkin.

g. (untuk banyak lagi sebab, sila rujuk dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional)

6. Apakah matlamat Alumni Nasional?

a. Menyelaras aktiviti dan program-program kelolaan alumni-alumni SMI supaya dapat memanfaatkan lebih ramai ahli alumni SMI.

b. Menyelaras maklumat, pengkalan data, kemahiran dan keupayaan setiap alumni sedia ada serta dapat dikongsikan dengan alumni SMI yang lain.

c. Menjadi medan perbincangan dan dialog antara pimpinan-pimpinan alumni SMI.

d. Menjadi wakil alumni SMI dalam perbincangan dengan entiti-entiti lain seperti NGO, badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, persatuan-persatuan akademik, pendidikan, agama serta kebudayaan.

e. Menjadi penghubung antara sekolah-sekolah SMI dengan alumni SMI.

f. Menyelaras dan bekerjasama dengan badan-badan amal Islami dari aspek penyusunan tarbawi.

g. Membantu penyelarasan pelajar-pelajar alumni lepasan SMI yang menuntut di luar negara.

h. Dan lain-lain lagi. (untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional).

7. Siapakah yang boleh menyertai Alumni Nasional ini?

Sesiapa sahaja yang berdaftar dengan mana-mana alumni SMI maka anda layak menyertai Alumni Nasional secara automatik. Penyertaan hanya boleh dilakukan dengan menjadi ahli di mana-mana alumni SMI sahaja, dan tidak boleh menjadi ahli Alumni Nasional tanpa menjadi ahli mana-mana alumni SMI. Walaubagaimanapun, Alumni Nasional bersedia menjadi fasilitator bagi memudahkan urusan pendaftaran ke alumni-alumni yang layak disertai.

8. Apakah status Alumni Nasional?

a. Alumni Nasional baru sahaj selesai di peringkat JK Pemandu. Dan kini sedang memasuki tahap Penaja, yang mana dimaksudkan mewakili hampir kebanyakkan pimpinan alumni-alumni SMI seMalaysia.

b. Mesyuarat-mesyurat sambungan sedang berlangsung dari masa ke masa.

c. Alumni Nasional menjangkakan, penghujung tahun ini sebagai tarikh akhir status penaja, sebelum mnyerahkannya secara rasmi kepada pimpinan Alumni Nasional sebenar.

9. Di mana kami boleh mendapatkan maklumat berkenaan Alumni Nasional?

a. Blog Alumni Nasional: http://alumninasional.blogspot.com/

b. Yahoo mailing list: http://groups.yahoo.com/group/alumni_nasional/

c. Friendster: alumni_nasional@yahoo.com

d. Email: alumni_nasional@yahoo.com atau alumninasional@gmail.com

10. Apakah perbezaan Alumni Nasional dan Alumni sekolah-sekolah SMI sedia ada?

Secara umum tiada perbezaan. Mungkin salah tanggapan yang paling besar ialah, kehadiran Alumni Nasional akan melenyapkan terus alumni SMI anda. Tidak. Alumni Nasional hadir sebagai penghubung alumni anda dengan alumni-alumni SMI yang lain dan kita boleh berkongsi pelbagai benda.

Alumni Nasional tidak banyak akan melakukan aktiviti. Aktiviti-aktiviti serta program ini masih dikelolakan oleh alumni-alumni sedia ada. Sekiranya anda aktif, maka banyaklah program. Tetapi sekiranya tidak aktif, Alumni Nasional sedia bekerjasama untuk mengaktifkan ia. Ingat. Alumni Nasional adalah PENYELARAS.

11. Bagaimanakah Alumni SMI kami boleh kekal dan berfungsi dengan kewujudan Alumni Nasional?

Cadangan struktur Alumni Nasional, yang masih dalam peringkat penelitian ialah semacam persekutuan. Setiap alumni SMI mempunyai suara di peringkat nasional, dengan kewujudan Majlis Presiden-presiden Alumni SMI. Malah, dicadangkan sistem penggiliran presiden Alumni Nasional secara bergilir-gilir di kalangan alumni SMI bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk terlibat secara langsung.

12. Apakah aktiviti yang dijalankan?

a. Alumni Nasional akan bertindak sebagai wadah penghubung antara alumni-alumni SMI. Maka lebih banyak dialog, perbincangan, dan forum akan diadakan.

b. Bekerjasama dengan alumni-alumni SMI menyelaraskan pengurusan program dan penyusunan supaya tidak bertindih dengan aktiviti dari alumni SMI lain.

c. Membantu promosi dan publisiti program-program kelolaan alumni SMI.

d. Menggalakkan penyertaan ahli alumni SMI yang lain ke program-progam anjuran alumni SMI berdekatan.

e. Pengurusan dan penyeliaan program tarbiyyah di luar negara secara kerjasama dengan badan-badan amal Islami yang lain.

f. Mambentuk beberapa affiliate yang berkaitan dengan niche area Alumni Nasional.

g. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional.

13. Apa yang kami perlu lakukan sekarang?

a. Promosikan Alumni Nasional kepada sesiapa sahaja yang anda kenal yang merupakan lepasan SMI.

b. Sertai mailing list Alumni nasional serta update informasi di blog alumni nasional.

c. Memaklumkan alumni SMI anda mengenai kewujudan Alumni Nasional ini.

d. Maklumkan pimpinan alumni SMI anda mengenai keperluannya menyertai dan menganggotai JK Penaja Alumni Nasional.

e. Membaca dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional dan seterusnya memberikan input atau cadangan anda berkaitan Alumni Nasional terus ke email Alumni Nasional yang diberikan di atas tadi.

f. Berbincang dengan ahli serta pimpinan alumni SMI anda tentang apa yang boleh anda sumbangkan terhadap Alumni Nasional ini.

g. Sertai dan hantarkan cadangan anda untuk cadangan nama rasmi Alumni Nasional, logo, moto, lagu rasmi, warna rasmi, dan lain-lain lagi yang anda rasakan patut ke email alumni_nasional@yahoo.com atau alumninasional@gmail.com.

h. Luangkan masa dan sertai Perhimpunan Perdana Alumni Nasional yang dijangkakan akan diadakan hujung tahun ini, dan seterusnya menyerahkan tugas secara rasmi kepada pimpinan Alumni Nasional.

i. Selepas ini, sekiranya anda ingin membantu secara langsung, dengan membantu di pejabat pengurusan atau affiliates yang diwujudkan di bawah Alumni Nasional.

14. Alumni sekolah kami tidak ada. Apa yang kami perlu buat?

Berikan maklumat lengkap sekolah SMI anda dan hubungi Alumni Nasional di alumni_nasional@yahoo.com. Perbincangan lanjut akan dilakukan.

15. Alumni sekolah kami tidak aktif. Apa yang perlu kami buat?

Berikan maklumat lengkap sekolah SMI anda, beserta informasi pimpinan alumni SMI anda kepada email yang disebutkan di atas. Perbincangan lanjut akan diadakan.

16. Alumni sekolah kami aktif, tetapi tidak tahu maklumat berkenaan Alumni Nasional ini. Apa yang perlu kami buat?

Maklumkan kepada pimpinan alumni SMI sekolah anda berkenaan maklumat-maklumat Alumni NAsional ini. Minta dia menghubungi Alumni Nasional dengan segara seperti di alamat tadi. Berikan juga maklumat peribadi pimpinan alumni SMI anda kepada Alumni Nasional dan perbincangan lanjut akan diadakan.

17. Kami sedang menuntut di luar negara. Apakah status kami. Bagaimana kami boleh menyumbang kepada Alumni Nasional?

a. Buat masa ini Alumni Nasional sedang mengumpulkan maklumat berkenaan ahli alumni di luar negara. Oleh itu anda boleh membantu kami membuat bancian itu, serta meyerahkan laporan itu terus ke alumni SMI anda atau ke email Alumni Nasional.

b. Anda boleh memaklumkan kenalan alumni dari mana-mana SMI tentang Alumni Nasional.

c. Anda juga boleh bekerjasama dengan mana-mana badan amal Islami di sana untuk mengelolakan studi islami.

d. Berkongsi apa-apa maklumat, program, atau gambar dan laporan aktiviti di tempat anda belajar di mailing list alumni nasional atau ke email alumni nasional untuk diterbitkan di blog alumni nasional.

18. Bagaimana kami boleh berhubung dengan pengurusan Alumni Nasional?

Buat masa ini, Alumni Nasional tidak mempunyai pejabat pengurusan. Oleh itu anda boleh menghubungi Alumni Nasional di alumni_nasional@yhoo.com atau alumninasional@gmail.com.

19. Isu-isu berbangkit: Mengapa kami pimpinan alumni SMI tidak diberitahu di awal-awal lagi?

Sebenarnya penubuhan Alumni Nasional dicadangkan oleh Pengrah Eksekutif MUSLEH sendiri, Ust. Megat Mohd. Amin. Kemudian beliau berhubung terus dengan beberapa kenalan ahli alumni SMI Al-Amin Gombak yang seterusnya menghubungi beberapa kenalan rapat di Universti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menjalankan kerja-kerja awal penubuhan ini.

Tidak timbul isu siapa yang patut mengetuai atau terlibat secara langsung dari awal, kerana perlu difahami ketika awal-awal tercetusnya idea ini, rangkaian dan capaian maklumat ke alumni-alumni SMI adalah amat terhad. Tambahan pula, walaupun ketika di awal itu, kebanyakkan pimpinan alumni SMI tidak dimaklumkan lagi, usaha-usaha terus dilakukan bagi memaklumkan usaha murni ini, namun belum berhasil.

Selain itu, AJK Pemandu kepada penubuhan JK Penaja juga turut dianggotai oleh ahli pelbagai Alumni SMi seperti Al-Amin Gombak, Al-Amin Bangi, Aman, Kelantan, Hidayah Johor dan Al-Amin Kemaman, walaupun bukanlah pimpinan tertinggi alumni SMI sekolah mereka.

Alumni Nasional juga bukanlah entiti asing. Ia merupakan gabungan kita semua, alumni-alumni SMI. Jadi keterlibatan semua pimpinan alumni SMI amatlah diharapkan, bukan sekadar untuk membantu atau menyokong dari jauh. Letakkan usaha mengukuhkan Alumni Nasional seperti mana anda berusaha memajukan alumni SMI anda. Siapa yang memulakan usaha penubuhan itu, adalah tidak penting kerana Alumni Nasional adalah milik kita semua.



*sila subscribe ke mailing list alumni_nasional segera.

dokumen pemandu penubuhan alumni nasional ada di sana.

Tuesday, May 13, 2008

Seminar Menara Ilmu 2008

SEMINAR MENARA ILMU 2008

berikut adalah butiran bagi program tersebut:

tarikh : 24 Mei 2008
tempat : auditorium fakulti kejuruteraan UPM,Serdang
masa : 8.30 a.m - 4.00 p.m.
bayaran: RM 0.00 (tiada bayaran dikenakan)
anjuran: Kelab Remaja JIM Selangor

ada talk dari ahli-ahli panel yg terdiri daripada golongan pakcik2 yg
dah berjaya.such as lawyer,businessman, etc.

more info,call abg nash (0193850732)

Thursday, May 8, 2008

Kursus Intensif Hafazan Al-Quran siri ke-2

Tarikh : 27hb Mei 2008 – 03hb Jun 2008

Hari : Selasa - Selasa

Masa : 05.00 pagi – 10.30 malam

Yuran : RM 150.00 (termasuk makan &
penginapan)

Peserta : Terbuka kepada pelajar-
pelajar Tahfiz
~ berumur 13 - 15 tahun

Tempat : Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah,
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-
Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
D.Khusus

Info & daftar di internet :
http://www.saidiyyah.com

Niaga: T-shirt Islami!!!!

Koleksi baju T Islami daripada brotherhood arts.




MuslimT adalah siri t-shirt yang mengandungi mesej-mesej Islam. Kotemporari. Sesuai untuk muda mudi muslim atau yang ingin terasa muda :)

dapatkan maklumat lanjut di http://brotherhoodarts.com/.

Pengajian Perubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar, Mesir






Peluang melanjutkan pelajar di Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar. Peluang yang sangat bermakna dan tidak harus dilepaskan. Inoformasinya adalah seperti berikut:-

Tempoh pengajian7 tahun

Tahun 1 (sanah takhiliyah) : 10 subjek agama dalam bahasa arab (Nahu, Balaghah, Adab Nusus, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak dan Hafazan Al-Quran (juz29 dan 30). Wajib lulus semua subjek untuk proceed ke tahun 2. Jika gagal kali pertama, ada reseat exams. Jika masih tidak lulus selepas reseat exam, walaupun satu subjek, wajib mengulang keseluruhan subjek tahun berikutnya. Yuran adalah 3000 pound sterling.

Tahun 2 (Tahun 1 Perubatan): 4 Subjek perubatan (Anatomy, Histology, Physiology dan Biochemistry) + 2 subjek agama (Akidah & Feqh) + Bahasa Inggeris & Terminology + Komputer + 5 juz hafazan (Juz 26-30). Yuran adalah 1500 pound sterling.

Tahun 3 (Tahun 2 Perubatan) : 4 Subjek perubatan (Anatomy, Histology, Physiology dan Biochemistry) + 1 subjek agama (Sirah) + Bahasa Inggeris & Terminology + Psycology (bahasa arab) + 5 juz hafazan (Juz 21-25). Yuran adalah 1500 pound sterling.

Tahun 4 (Tahun 3 Perubatan) : 4 Subjek perubatan (Pharmacology, Pathology, Parasitology, Microbiology) + 1 subjek agama (Tafsir) + 5 juz hafazan (Juz 16-20). Yuran adalah 1500 pound sterling.

  • Subjek untuk tahun 5, 6, 7 masih belum dpt diketahui, kerana pelajar melayu di al-azhar yg paling senior adalah bac kami (tahun 3 / tahun 2 perubatan)
  • Jumlah pelajar lelaki pada tahun 2006/2007 adalah kira2 6 orang sahaja. Pada thn 2007/2008 kira2 10 orang pelajar baru telah sampai.
  • Yuran untuk tahun2 selepas tahun 3 masih berjumlah 1500 pound sterling setahun.
  • Kebanyakan pelajar yg ingin melanjutkan pelajaran ke al-azhar ditaja oleh zakat negeri atau persendirian, kerana JPA atau MARA tidak akan menghantar pelajar ke Univ Al-Azhar.. Jadi, jika anda benar2 ingin ke al-azhar, sila lupakan tawaran JPA atau MARA..
  • Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya. Sila isi Univ Al-Azhar di ruangan pilihan pertama jika ingin ke al-azhar.


maklumat lanjut di http://e-zikra.blogspot.com/
(dipetik dari http://kembara-ulung.blogspot.com/)


Tuesday, May 6, 2008

Kembara: Bumi Mesir (bahagian I)



Benteng Qaitbay, Iskandariah, dilihat dari jauh.

Khazanah peradaban masa lalu telah mengangkat Mesir ke pentas sejarah dunia. Kekayaan budaya dan warisan sejarah yang ada, membuat Mesir menjadi luar biasa.

Pyramid dan Firaun, dua kata yang nampaknya sudah lekat dengan Mesir. Setiap orang yang mendengar kata “Mesir” atau akan berkunjung ke Mesir, maka yang terlintas dalam pikiran mereka adalah pyramid atau Raja Firaun. Seolah tak lengkap rasanya, jika wisata ke Mesir kalau tidak mampir ke Pyramid, sekedar “napak tilas” jejak Firaun.

Nampaknya, popularitas Firaun dan pyramidnya benar-benar tak disia-siakan oleh pemerintah Mesir. Dua warisan sejarah ini ternyata menjadi daya tarik yang luar biasa bagi para pelancong asing untuk mau datang ke Mesir. “Dalam tahun 2000, kami dikunjungi 5,5 juta wisatawan asing”, ujar Dr. Mamdouh Baltagi, Menteri Pariwisata Mesir. Kehadiran pelancong sebanyak itu, membuahkan devisa hingga 4,3 milyar USD, atau 11 persen dari keseluruhan pendapatan negara. Tak ayal lagi, kondisi ini menempatkan negara berpenduduk 68 juta jiwa (2000) itu dalam urutan atas negara-negara tujuan wisata dunia.

Sebagai negara tempat kelahiran peradaban pertama tertua di dunia, Mesir memang sangat mengandalkan sektor wisata budaya. Setiap jengkal tanah yang dipijak, seolah mengisahkan peristiwa sejarah tersendiri. Seakan-akan kita berjalan menelusuri sebuah museum raksasa yang menyimpan ribuan peninggalan sejarah berbagai peradaban, mulai dari Mesir Kuno (Koptik), Firaun (Pharaos), Yunani (Hellenisme), Romawi hingga peradaban Islam.

Terutama sejak tahun 1982, pemerintah Mesir nampak serius mengembangkan sektor wisatanya. Jumlah kamar hotel di Mesir ditingkatkan, dari 18.900 pada tahun 1982 menjadi 58.000 pada tahun 1983. Pada tahun 2001, menurut data resmi Departemen Pariwisata Mesir, jumlah itu meningkat lagi hingga 130.000 kamar. Hingga akhir 2002, pemerintah menargetkan penambahan 30 ribu kamar lagi. Sedikitnya 50 obyek wisata andalan, dari mulai kuil-kuil peninggalan zaman Mesir Kuno, hingga wisata pantai yang terbentang di negeri seluas 1.101.499 km2 ini dikelola secara maksimal oleh pemerintah.

Hasilnya, sejak 1992, perkembangan sektor wisata selalu mengalami peningkatan rata-rata hingga 12,5 persen pertahunnya. Selain melibatkan 2,5 juta tenaga kerja, sektor wisata Mesir juga menjadi sumber pendapatan terbesar kedua setelah Terusan Suez. Tragedi 11 September dan teror bom wisata yang marak belakangan di berbagai belahan dunia termasuk Indonesia, nampaknya tidak berpengaruh terhadap pertumbuhan sektor wisata negeri Al Azhar ini. Pemerintah Mesir telah mewaspadai hal ini sejak lama. Soalnya, tahun 1997, kawasan wisata utama Mesir, Luxor, pernah digoncang bom teror hingga menewaskan sedikitnya 80 wisatawan asing. Tragedi itu mendorong Mesir untuk memulihkan sektor wisatanya. Dana sebesar 33 juta Euro dikeluarkan dalam rangka pemulihan ini. Penerbangan mancanegara ke Mesir diperbanyak. Berbagai kerjasama luar negeri terutama dengan China dan negara-negara Eropa ditingkatkan. Jaminan keamanan bagi para turis pun diperbaiki. Jumlah polisi wisata juga ditingkatkan.

Pasca tragedi 11 September 2001, wisatawan asing seolah tak pernah sepi. “Paruh pertama tahun 2002, kami dikunjungi 2,5 juta wisatawan asing”, kata Baltagi lagi. Wisatawan terbanyak adalah dari China, yang konon berjumlah hingga 20 persen dari keseluruhan wisatawan.

(dipetik dengan izin dari http://dedepermana.blogspot.com/. bahasa yang digunakan adalah bahasa indonesia)

Cara untku belajar di Mesir



Ramai yang bertanya saya tentang pengalaman saya belajar Pengajian Islam di Mesir, terutama setelah saya tamat pengajian di bidang kejuruteraan. Tidak kurang mereka yang tertarik untuk mengikut jejak langkah saya belajar di sana. Di sini saya berikan panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung atau memulakan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

  1. Sebaik tempat belajar pengajian Islam di Mesir ialah di Universiti Al-Azhar dan dimana-mana sahaja cawangannya samada di Kaherah, Iskandariah, Damanhur, Mansurah, Dimyat, Shibin Kom dll. Adapun belajar di pusat-pusat bahasa, Dirasat Khassah dan lain-lain adalah untuk menguatkan Bahasa Arab seseorang tetapi akhirnya hendaklah beliau berusaha untuk masuk Universiti Al-Azhar juga.
  2. Seseorang tidak boleh masuk Universiti Al-Azhar melainkan setelah memiliki salah satu dari 2 sijil iaitu (i) Sijil STAM (masuk ke Tahun 1 Al-Azhar), atau (ii) Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar masuk ke Tahun 3 Al-Azhar).
  3. Hampir di setiap negeri di Malaysia ada sekolah menengah agama yang menawarkan peperiksaan STAM bagi yang berminat. Sila hubungi pejabat agama di negeri masing-masing. Saya mencadangkan anda mendaftar di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh. Sila hubungi Ustaz Shahruzzaman 019 - 571 5334. Asrama disediakan.
  4. Hanya ada beberapa kolej di Malaysia yang menawarkan peperiksaan Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar. Diantaranya Kolej Insaniah (Alor Setar), MADEWA (Bagan Serai), UNITI (Port Dickson), KUDQI (Kuala Terengganu) dll.
  5. Universiti Al-Azhar tidak menerima kemasukan ke Post Graduate (Masters dan Ph.D) tuan puan dengan menggunakan ijazah Sarjana Muda dari sebarangan universiti apatah lagi bidang selain bidang Pengajian Islam berbahasa Arab.
  6. Sebaik anda memiliki sijil STAM atau Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar, sila hubungi Ustaz Fauzi 012 - 634 9066 untuk urusan keberangkatan ke Mesir pada bulan Julai setiap tahun.

Selamat belajar, mendapat sijil dan berlepas ke Mesir untuk memasuki Universiti Al-Azhar. Terima kasih.

(dipetik dari http://inijalanku.wordpress.com/, tulisan Ust. Abdul Halim Abdullah)


Monday, May 5, 2008

Tawaran kerja untuk anda!!!!

Tawaran kerja untuk anda:-

bagi anda yang ingin mencari pekerjaan yang sesuai, inilah masanya. tawaran kerjaya yang hebat ini hanya untuk anda...

Kerjaya 1
Bantu kami dalam menyediakan bahan-bahan untuk program
Reference : Firdaus Shah
Contract type : Full-Time
Job(s) available(s) : 3
Experience required : No Experience
Studies level required : Pra University
Working place : Bandar Baru Bangi
Weekly working duration : 8 hours
Creation date : 11/21/2007


Kerjaya 2
Bekerja di syarikat indusri LNG
Reference : Firdaus Shah
Contract type : Part-Time
Job(s) available(s) : 3
Experience required : No Experience
Studies level required : Pra University
Working place : Bintulu
Weekly working duration : 8 hours
Creation date : 11/21/2007

dapatkan maklumat lanjut di http://jobikhwah.com/ dan banyak lagi tawaran kerja....

(dipetik dari http://jobikhwah.com/)

Jamuan Hi-tea FASA-Alumni Nasional

Assalamualaikum. ..

ni maklumat khas daripada FASA, alumni Al-Amin Bangi untuk pimpinan
penaja Alumni NAsional yang dipelawa hadir ke jamuan hi-tea FASA.

Just as a reminder kpd AJK Penaja Alumni Nasional yang free pd 7 Jun 2008 nanti, anda
semua dijemput hadir ke prog hi-tea FASA bersama wakil2 sek2 MGBSIM yg
lain.. berikut adalah butir2 ttg prog ini. (Maklumat sebenar boleh rujuk peada pihak penganjur):-

Tarikh : 7 Jun 2008/ 3 Jamadilakhir 1429H (Hari Sabtu)

Masa : 2.00petang hingga 5.30petang
Tempat : Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Kg. Sg. Tangkas
Penganjur : Former Al-Amin Bangi Students' Association (FASA)
Jemputan : 40 orang
Aturcara :
2.00 Ketibaan
2.30 Ucapan alu-aluan tuan rumah
2.35 Taaruf
2.50 Jamuan Hi-Tea
3.15 Pembentangan wakil Alumni
4.35 Persembahan nasyid
4.40 Soal jawab
5.30 Solat Asar & Bersurai

sila komfemkan kehadiran anda kpd Saudari Izyan by 7 mei ini.. Kerjasama anda
amat diharapkan.. Syukran!!

izyan~ 0196413880 Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger .yahoo.com

Promosikan Alumni Nasional

Assalamualaikum.

dengan penuh rasa rendah diri, pihak admin alumni nasional memohon
kerjasama semua yang mengenali, atau pernah bersekolah atau sedang
menjadi alumni sekolah2 islam rangkaian musleh @ mgb-sim,seluruh
malaysia untuk:-

1. addkan link ke alumninasional. blogspot. com ke blog anda.

2. addkan contact anda ke mailing list alumni nasional di
http://groups. yahoo.com/ group/alumni_ nasional/ (atau mudahnya
alumni_nasional) .

3. addkan friendster anda ke friendster alumni_nasional dan mygroup
friendster alumni nasional.

4. addkan contact anda ke alumni_nasional@ yahoo.com atau
alumninasional@ gmail.com.

5. menghantar apa-apa berita, makluman, gambar dan foto, kiriman,
artikel, dan apa sahaja yang anda rasa ingin berkongsi ke email di
atas bagi tujuan penerbitan entri di blog alumninasional.

6. sentiasa update dengan perkembangan alumninasional yang baru di
peringkat penajaan dan sedang mengorak langkah mengembangkan capaian.

7. promosikan dan sampaikan maklumat ini atau apa sahaja makluman yang
berkaitan kepada kenalan, rakan, teman, kawan2, yang merupakan alumni
sekolah rendah atau menengah islam semalaysia kelolaan mgb-sim dan musleh.

sekian terima kasih atas sokongan anda.
Admin alumni nasional

Sunday, May 4, 2008

Niaga: Al-Quran Terjemahan Darul Iman


TERJEMAHAN AL-QURAN

PUSTAKA DARUL IMAN


Assalamualaikum kepada semua pelawat Edariman.Blogspot.com.Di harapkan iman dan amal anda semua sentiasa terjaga dan istiqamah dalam melaksanakan tugas syahadatain yang telah kita sama2 janjikan dahulu.Masih ingat lagi?


Untuk posting kali ni,pihak Edariman ingin memperkenalkan produk yang tidak asing lagi bagi kita sebagai umat Islam -Al-Quran terjemahan keluaran Pustaka Darul Iman.


Kelebihan Al-Quran DarulIman

· Al-Quran Darul Iman adalah Al-Quran dengan terjemahan yang berasaskan kepada Resm Uthmani.


· Melalui semakan Lajnah Pentashih Mashaf Al-Quran, JAKIM yang terdiri daripada empat orang pemeriksa yang bertauliah dan berpengalaman.


· Mendapat kelulusan Bahagian Penerbitan Teks Al-Quran KDN.


· Terjemahannya adalah terbitan semula Pustaka Darul Iman ke dalam Bahasa Melayu setelah mendapat izin dan hak penerbitan semula oleh PT Syamil Cipta Media,Bandung, Indonesia.


· Quran Darul Iman merupakan satu-satunya al-quran terjemahan Malaysia bersaiz kompak yang telah mendapat kelulusan JAKIM.


· Saiz yang kompak (kecil-bersaiz tapak tangan),tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa kemana-mana selain mudah dirujuk,dibaca dan dibudayakan.


· Disertakan juga 3 penanda bacaan yang disertakan khusus untuk 3 tempat tanda bacaan harian,hafazan harian,dan tadabbur harian.


· Didatangkan dalam dua versi (zip dan diari) Al-Quran Darul Iman mempunyai reka bentuk terkini dan menawan yang pasti menarik minat para remaja.


PILIHAN WARNA YANG PELBAGAI


Cadangan Kegunaan
· Menjadi rujukan harian dan teman setia yang dibawa ke mana-mana seperti prihatin kita untuk membawa kad pengenalan ke mana-mana.


· Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah untuk para remaja (rekabentuk yang menawan,kecil dan beserta terjemahan) seperti hadiah sempena menyertai tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan.


· Boleh dijadikan strategi untuk menarik minat remaja ke program-program berteraskan agama.

BAHAGIAN DALAMAN Al-QURAN

· Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk (terjemahan yang ringkas dan tepat)Sangat sesuai untuk kegunaan pelajar di peringkat sekolah rendah,menengah mahupun di peringkat universiti dalam pembelajaran mereka.
HARGA PASARAN
Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti dan nilai produk.Al-Quran terjemahan Darul Iman Dipasarkan pada harga
RM38.00 untuk versi zip
RM45.00 untuk versi diari
Kami juga menerima tempahan dari luar negara,tetapi kos penghantaran haruslah ditanggung sendiri oleh pembeli bergantung kepada bilangan produk.
Akhir kata ,Insya-Allah untuk lain kali kami akan bawakan pelbagai lagi produk-produk Islami untuk memenuhi kebutuhan amal kita...

(dipetik dari http://edariman.blogspot.com/)

Friday, May 2, 2008

10 ways to stretch your ringgit

1. Eat out less
Home cooked food is more nutritious.

2.Shop wisely
Don’t be fooled by sales gimmicks and promotional offers.

3. Curb unnecessary spending
Distinguish between your wants and needs.

4. Reduce wastage
Whether it is food, electricity or water.

5. Plan your journey
Reduce your mileage and save petrol. Make car-pooling work.

6. Buy wholesale
Get together with neighborurs and buy in bulk.

7. Community farming
Grow your own vegetables.

8. Holiday locally
And put money back into our system.

9. Buy generic goods
Evaluate the quality and pricing. Some are on par with branded items but cheaper.

10. Invest smartly
If you are not getting your expected returns, consider getting another fund manager!

New Straits Times, Friday, April 18, 2008.

Berita: Jualan sempena Hari Sukan Al-Amin Bangi

20 Apr 2008

Jualan FASA sempena Hari Sukan alhamdulillah telah berjaya disempurnakan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada peringkat awalnya.

popcorn!~antara produk yang dijual di gerai FASA ^_^ nyum nyum!!



Hari Sukan yang lalu juga tampil lebil istimewa dengan kehadiran lebih ramai ahli FASA daripada pelbagai batch. Ada yang bertugas sebagai sukarelawan membantu khusus untuk acara sukan, ada yang bertugas di meja jualan FASA, ada yang membantu PIBG mengedarkan makanan percuma, ada yang membantu Biro Penerbitan membuat edaran percuma..tidak ketinggalan kepada akh Afif (G6) yang menjadi pengulas sukan yang begitu bersemangat!

Kelihatan juga adik2 G6 yang baru menamatkan pengajian matrik mereka. dan penghargaan juga untuk akh presiden yang datang menjenguk aktiviti FASA kali ini.

sesungguhnya kehadiran dan sumbangan ahli-ahli FASA dalam sukan kali ini begitu dirasai sehingga dinukilkan 1 perenggan khas dalam laporan moderator pibg siab net!

Jazaakumullahu khairan katheera!


kelihatan akh presiden sedang beramah mesra dengan Muallim Fadhli yang telah memimpin Rumah Biru memenangi Anugerah Perbarisan Terbaik ^_^ bak lagu rumah biru~menyerlah jauh dari yang biasa!

dipetik dari http://www.ceritafasa.blogspot.com/

Siapa Aku?

Siapa aku
Di dunia ini
Kalau bergantung
Pada manusia

Siapa aku
Di sana nanti
Kalau lari
Dari Yang Kuasa


Hadi Mahdi Al-Muhtadi

(dengan ihsan dari http://muhammadaimansalmi.blogspot.com)


Kembara: Wadi Mujeb

Terkenang sebuah kenangan ketika bersendirian di sebuah perkampungan kecil bernama Arieha berdekatan Wadi Mujeb. Pertemuan dengan masyarakat yang ramah di situ mengingatkan aku juga kepada sebuah potongan Qasidah Arab yang pernah diberitahu kepada aku oleh penduduk di situ. Bunyinya begini :

Abuyi Mujeb Wa Akhuyi Mleih Wa Abu Sya'ar Jaddali

Ia merupakan potongan pendek dari Qasidah panjang yang pernah disebut oleh seorang ahli sastera terkenal di Karak. Ia mengaitkan Kisah Sulaiman Bani Atiyah dan Wadi Mujeb yang merupakan antara kisah terkenal dikalangan Bani Atiyah dan puak Ma'aitah di Karak.

Kisah ini berlaku kira-kira 50 tahun yang lalu di mana seorang dari Bani Atiyah yang bernama Sulaiman telah membunuh seorang lelaki dari kabilah Ma'aitah di dalam sebuah pergaduhan. Selepas kejadian itu, Sulaiman Bani Atiyah telah menyembunyikan diri di kawasan Wadi Mujeb dan hidup di situ dengan bersembunyi dan memburu untuk mendapatkan makanan.

Menurut sejarah lisan dari penduduk tempatan, beliau telah bersembunyi di dalam gua yang terdapat di situ dan akan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. Beliau mencari makanan di sekitar kawasan perkampungan kecil di Wadi Mujeb. Akhir hayatnya tidak diketahui.

Potongan Qasidah di atas menceritakan keadaan Sulaiman Bani Atiyah yang hidup bersembunyi di Wadi Mujeb.

Abuyi Mujeb Wa Akhuyi Mleih.
Bapaku Mujeb dan Saudaraku Mleih : Bermaksud beliau hidup bersendirian di kawasan tersebut tanpa saudara mara yang lain. Mujeb menjadi bapanya dan Mleih (sebuah kawasan berhampiran Mujeb) menjadi saudaranya.

Wa Abu Sya'ar Jaddali
Jaddali boleh dimaksudkan dengan memintal-mintal. Beliau hidup bersembunyi sekian lama dan penulis qasidah tersebut membayangkan beliau yang sudah berambut panjang memintal-mintal rambutnya. Di sini boleh dimaksudkan juga dengan Abu Sya'ar yang merupakan nama sebuah kampung kecil yang juga terdapat berhampiran Wadi Mujeb.

Aku pernah bertanya tentang Qasidah ini kepada Aid dan dia turut menyatakan bahawa ia antara Qasidah yang terkenal di Karak terutamanya dikalangan Bani Atiyah yang kini menetap di Qatranah dan kabilah Ma'aitah yang kebanyakkan mereka menetap di 'Adir, sebuah perkampungan kecil di dalam muhafazah Karak.


Kini kawasan Wadi Mujeb telah dibangunkan menjadi salah satu empangan air utama di Jordan. Kawasan Wadi Mujeb sememangnya mewah dengan ratusan mata air dan ia merupakan lembah yang luas dan curam.

Sebelum wujudnya jalan padang pasir Amman ke Karak, Wadi Mujeb menjadi laluan utama penduduk Karak untuk ke Amman. Jalanraya yang melalui lembah Mujeb dikenali dengan Shariq Muluki telah di asaskan sejak era kerajaan Rum. Jalan ini menghubungkan Amman ke Madaba, Dhiban, Wadi Mujeb, Al-Qasr dan terus ke bandar Karak melalui Dataran Shihan.

(ihsan dan dipetik terus dari http://penghunisahara.blogspot.com. terima kasih)

Kaedah mendidik anak

Terdapat 2 cara yang ditemui untuk membentuk minda kanak-kanak.

1. Brainy Gym

Satu program yang menjadikan aktiviti gerakan anggota-anggota badan sebagai perangsang dalam peningkatan kemampuan minda. Ia dapat memperbaiki keupayaan minda untuk memberi tumpuan, mengingat, kebolehan berbahasa dan mengira, membaca, menulis, bertutur, bersukan, dan lain-lain.

Kaedah hasil kajian klinikal seorang juruterapi dari Amerika Syarikat; Dr. Paul E. Denisson yang pada asalnya mencari formula bagi membantu mereka yang lumpuh keupayaan belajar dapat membantu mengaktifkan pelbagai fungsi kognitif termasuk komunikasi dan pengurusan. Ia menyediakan otak dan keseluruhan sistem saraf agar dapat berfungsi secara optima dalam apa jua bidang; intelektual, kretiviti, kesukanan dan interpersonal.

Aktiviti pembelajaran yang berlaku apabila otak dan keseluruhan sistem saraf pada tubuh telah bersedia dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan kurang tekanan serta dapat memberi ruang untuk menyerlahkan kreativiti.

2. Kaedah Shichida : Melatih Otak Kanan

Kepercayaan bahawa manusia dilahirkan genius mendorong Profesor Makoto Shichida untuk menghasilkan kajian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kaedah ini menyarankan kita agar merangsang perkembangan otak kanan sejak di peringkat awal; bermula dari dalam kandungan lagi. Perkembangan otak kanan biasanya agak sukar dirangsang setelah otak kiri mula berkembang bilamana kanak-kanak sudah mula belajar ilmu fakta. Kaedah Shichida percaya bahawa minat dan keupayaan untuk belajar adalah lebih penting daripada ilmu fakta.

Kaedah ini percaya bahawa otak kanan mempunyai keupayaan tersendiri yang meliputi keupayaan menyimpan imej yang lengkap dalam sekali pandang, di samping mengawal kebolehan untuk melihat imej tersebut dalam bentuk fizikalnya. Otak kanan mempunyai kemampuan untuk melihat, mendengar, merasa, bau, dan menyentuh dalam bentuk gelombang yang kemudiannya ditafsirkan ke dalam bentuk imej.


(dengan ihsan http://blog.abiummi.com)


Niaga: lil books

**harga: RM1.50 sahaja

the latest lil book~hidup ini hanya sekali, hiduplah dengan penuh erti (RM1.50 only)



The Sports Car & The Qur'an (RM1.50)

size: 1/4 A4, 16 pages






Jiwa Yang Tenang 1 (RM1.50)

size: 1/4 A4, 16 pages





Jiwa Yang Tenang 2 (RM1.50)

size: 1/4 A4, 16 pages











...Pesan yang terakhir (RM2.50 only)
size: half A4
32 mukasurat (words n cartoons)

pesan yang terakhir; khutbah Haji Wida' yang penuh dengan pidato mengusik dan menggegar jiwa...ia pidato yang mengangkat hak asasi manusia dan menggariskan panduan berharga...inilah pesanan dari insan yang paling kita rindui sepanjang hayat...


So You Think It Is Useless?? (RM1.50 only) size: 1/4 A4, 16 pages


kisah menarik dari perbualan seorang atuk dan cucunya
kisah membasahi bumi hati
kisah penuh erti


Tahajjud Krunch! (nyum nyum..RM1.50 only ^_^)

morning fuel to keep you running cool!

size: 1/4 A4, 16 pages
lil book~inspired by a cereal box when i was on my bed..
cereal box + sleep = Tahajjud Krunch

sebuah buku comel yang mengusik jiwa menunjukkan kepada kita betapa hebatnya kuasa tahajjud!
yaa aiyuhal muzzammil!

qum faanzir!

warabbaka fakabbir!

wathiyabaka fathahhir!

(al-muzzammil 1-4)

(dipetik dari http://krafhati.blogspot.com/)

Jadikan solat pencegah perbuatan keji dan mungkar

Setiap kewajipan yang telah dibebankan Islam kepada umatnya sentiasa mengandungi hikmah dan kebaikan bagi mereka. Islam menginginkan terbentuknya akhlak islami dalam diri seorang muslim ketika ia mengimplementasikan setiap ibadah yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam Kitab dan Sunnah rasul-Nya. Pada akhirnya nilai-nilai keagungan Islam sentiasa mewarnai ruang kehidupan muslim. Tidak hanya terbatas pada ruang keperibadian individu muslim, namun nilai-nilai itu dapat ditemukan pula dalam ruang kehidupan keluarga dan dalam lembaran kehidupan komuniti masyarakat muslim. Kita boleh merenungkan kembali ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan hal ini, sebagaimana salah satu firman-Nya;

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS 2:183)

Melalui ibadah puasa, Allah SWT menginginkan terbentuknya peribadi-peribadi muslim yang bertaqwa. Peribadi yang tidak pernah mengenal slogan hidup kecuali slogan yang agung ini “sami’naa wa atha’naa”. Peribadi yang sentiasa melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dalam situasi dan kondisi apapun.

Kerana itulah Nabiyullah agung Muhammad SAW telah bersabda:

“Takutlah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, ikuti keburukan dosa dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskannya dan gauli manusia dengan akhlak yang baik.”

Dalam sabda Beliau yang lain:

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa faridlah (kewajiban) maka jangan sekali-kali kamu menyia-nyiakannya, Dia telah menetapkan batasan-batasan maka jangan sekali-kali kamu melampaui batas, Dia telah mengharamkan banyak hal maka jangan sekali-kali melanggarnya….”

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdo'alah untuk mereka. Sesungguhnya do'a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS 9:103)

Dengan ibadah zakat, Islam mengharapkan tumbuh subur sifat-sifat kebaikan dalam jiwa seorang muslim dan mampu mengakis sifat kekikiran dan cinta yang berlebihan kepada harta benda. Begitu juga ibadah solat, ibadah yang jika seorang hamba melaksanakan dengan memelihara syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara wajib, adab-adab dan kekhusyu`an di dalamnya ,niscaya ibadah ini akan menjauhkannya daripada perbuatan keji dan kemungkaran. Sebaliknya ibadah ini akan mendekatkan seorang hamba yang melaksanakannya dengan sebenarnya kepada Sang Pencipta dan mendekatkannya kepada kebaikan-kebaikan serta cahaya hidup. Perhatikan ayat berikut ini;

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS 29:45)

Maka muslim yang selalu menunaikan ibadah ini akan selalu aktif dalam kegiatan-kegiatan kebaikan dan mampu menjadi cahaya di tengah-tengah masyarakatnya. Muslim yang memiliki hamasah(semangat) yang bergelora dalam memperjuangkan kebenaran dan mencegah nilai-nilai kemungkaran, kezaliman dan perbuatan keji lainnya. Hatinya terasa sangat marah di saat menyaksikan wabak penyakit pornografi semakin berkembang di tengah-tengah masyarakatnya. Jiwanya akan terus gelisah ketika melihat kezaliman yang dipermainkan para penguasa. Memang ia harus menjadi cahaya yang berjalan di tengah-tengah kegelapan zaman ini. Allah berfirman;

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.” (QS 6:122)

Solat Yang Berhikmah

Ibadah solat adalah awal kewajiban yang diperintahkan Allah SWT kepada ummat ini pada peristiwa Isra dan Mi’raj Rasul-Nya. Ibadah yang merupakan simbol dan tiang agama, “Pokok urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad di jalan Allah.” (HR Muslim). Ibadah yang dijadikan Allah sebagai tolok ukur hisab amal hamba-hamba-Nya di akhirat, “Awal hisab seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat. Apabila solatnya baik maka seluruh amalnya baik, dan apabila buruk maka seluruh amalnya buruk.” (HR at-Thabrany).

Dan ibadah solat merupakan wasiat Nabi yang terakhir kepada ummat ini dan yang paling terakhir dari urwatul islam (ikatan Islam) yang akan dihapus oleh Allah SWT. Selain ini, solat juga penyejuk mata, waktu rehatnya sang jiwa, saat kebahagiaan hati, kedamaian jiwa dan merupakan media komunikasi antara hamba dan Rabbnya.

Ibadah yang memiliki kedudukan atau manzilah yang agung ini tidak akan hadir maknanya dalam kehidupan kita, tatkala kita lalai menjaga rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat yang terikat dengan ibadah ini. Dan tatkala kita tidak mampu menghadirkan hati, merasai kekhusukan dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadah ini, maka kita tidak akan mampu menangkap untaian makna yang terkandung di dalamnya. Kita tidak akan mampu memahami kunci-kunci rahsia yang ada di sebalik ibadah ini.

Tidakkah banyak di antara manusia muslim yang ahli ibadah, namun masih jauh daripada nilai-nilai Islam, ahli solat namun masih suka melakukan kemaksiatan. Hal ini disebabkan nilai-nilai agung yang terkandung dalam ibadah sama sekali tidak mampu memberikan hikmah-hikmah solat di luar solat.

Takbir yang dikumandangkan di saat beribadah tidak mampu melahirkan keagungan di luar solat. Do’a iftitah “Inna shalaatii wa nusukii….” yang dilafazkan dalam shalat tidak mampu mengingatkan tujuan hidupnya. Ibadah ini seolah-olah hanya menjadi gerakan-gerakan ritual yang maknanya tidak pernah membumi dalam kehidupan orang yang melaksanakannya.

Oleh itu, ibadah solat yang mampu melahirkan hikmah pencegahan dari perbuatan keji dan kemungkaran, hikmah penyucian jiwa dan ketenteraman, apabila dilakukan dengan penuh kekhusyukan, mentadabburkan gerakan dan ucapan yang terkandung di dalamnya, penuh ketenangan dan dengan tafakkur yang sesungguhnya. Maka ia akan keluar daripada ibadah dengan merasakan kenikmatannya, terkesan dengan nilai-nilai keta’atan dan mendapatkan cahaya ma’rifatullah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorangpun yang melaksanakan solat maktubah (fardhu), lalu ia memperbaiki wudlunya, khusyuk dan rukuknya kecuali solat ini akan menjadi pelebur dosa-dosa sebelumnya selama tidak melakukan dosa besar. Dan ini berlaku sepanjang tahun.” (HR Muslim)

Inilah yang pernah dilakukan oleh salafussoleh termasuk di dalamnya Ibnu Zubair ra. Mereka laksana tiang yang berdiri tegak kerana kekhusyukannya, mereka terangsang dengan kerinduannya akan Robbnya dan mereka asyik berkomunikasi dengan Sang Kholik(Pencipta) tanpa terganggu dengan suara makhluk-Nya.

Langkah-langkah Memelihara Hikmah Solat

Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah solat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga.

Pertama: Menjaga rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat solat. Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat.”

Kedua: Ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
(QS. 98:5)

Ketiga: Memahami dan mentadabburkan ayat, do’a dan makna solat

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (QS 107:4-5)

Kempat: Mengagungkan Allah dan merasakan kehebatan Allah
Rasulullah SAW: “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (HR Muslim)

Dan semoga kita semua mampu merenungkan kembali pengertian solat dan memperbaikinya agar kita benar-benar meraih keagungan hikmah-hikmah solat yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu A’lam Bissowwab

(dengan ihsan dan dipetik dari http://www.paksi.net)