Tuesday, May 6, 2008

Cara untku belajar di Mesir



Ramai yang bertanya saya tentang pengalaman saya belajar Pengajian Islam di Mesir, terutama setelah saya tamat pengajian di bidang kejuruteraan. Tidak kurang mereka yang tertarik untuk mengikut jejak langkah saya belajar di sana. Di sini saya berikan panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung atau memulakan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

  1. Sebaik tempat belajar pengajian Islam di Mesir ialah di Universiti Al-Azhar dan dimana-mana sahaja cawangannya samada di Kaherah, Iskandariah, Damanhur, Mansurah, Dimyat, Shibin Kom dll. Adapun belajar di pusat-pusat bahasa, Dirasat Khassah dan lain-lain adalah untuk menguatkan Bahasa Arab seseorang tetapi akhirnya hendaklah beliau berusaha untuk masuk Universiti Al-Azhar juga.
  2. Seseorang tidak boleh masuk Universiti Al-Azhar melainkan setelah memiliki salah satu dari 2 sijil iaitu (i) Sijil STAM (masuk ke Tahun 1 Al-Azhar), atau (ii) Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar masuk ke Tahun 3 Al-Azhar).
  3. Hampir di setiap negeri di Malaysia ada sekolah menengah agama yang menawarkan peperiksaan STAM bagi yang berminat. Sila hubungi pejabat agama di negeri masing-masing. Saya mencadangkan anda mendaftar di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh. Sila hubungi Ustaz Shahruzzaman 019 - 571 5334. Asrama disediakan.
  4. Hanya ada beberapa kolej di Malaysia yang menawarkan peperiksaan Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar. Diantaranya Kolej Insaniah (Alor Setar), MADEWA (Bagan Serai), UNITI (Port Dickson), KUDQI (Kuala Terengganu) dll.
  5. Universiti Al-Azhar tidak menerima kemasukan ke Post Graduate (Masters dan Ph.D) tuan puan dengan menggunakan ijazah Sarjana Muda dari sebarangan universiti apatah lagi bidang selain bidang Pengajian Islam berbahasa Arab.
  6. Sebaik anda memiliki sijil STAM atau Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar, sila hubungi Ustaz Fauzi 012 - 634 9066 untuk urusan keberangkatan ke Mesir pada bulan Julai setiap tahun.

Selamat belajar, mendapat sijil dan berlepas ke Mesir untuk memasuki Universiti Al-Azhar. Terima kasih.

(dipetik dari http://inijalanku.wordpress.com/, tulisan Ust. Abdul Halim Abdullah)


1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Boleh saya tau diploma apa yg diiktiraf oleh Al-Azhar dan ade tak kolej atau universiti sekitar Selangor dan KL yg menawarkan diploma tersebut.