Friday, May 2, 2008

Suami mithali dan tanggungjawabnya (bahagian I)

Seringkali kedengaran perselisihan faham antara suami isteri adalah disebabkan oleh kesalahfahaman suami isteri dalam memahami hak dan tanggungjawab masing-masing. Perselisihan faham yang semakin tebal ditambah dengan 'sos' keegoan masing-masing mengakibatkan kebanyakan 'masjid' yang dibina berakhir dengan kehancuran dalam usia perkahwinan yang masih muda. Alangkah sedihnya, hanya kerana perkara yang kecil yang tetapi banyak diabaikan kerana mengutamakan keseronokan syahawat mengakibatkan penceraian yang sangat dimurkai Allah subhanahu wa ta'ala.

Ikatan perkahwinan adalah suatu ikatan erat yang menyatukan antara seorang laki-laki dengan seorang perempuan. Dalam ikatan perkahwinan, suami dan isteri diikat dengan komitmen untuk saling memenuhi berbagai hak dan kewajipan yang telah ditetapkan untuk mereka. Landasan hak dan kewajipan antara suami isteri ini terangkum dalam firman Allah swt.: "Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf"[Surah Al Baqarah(2):228]. Maka setiap hak yang didapatkan harus juga diimbangi dengan kewajipan yang harus dipenuhi.

Tujuan yang ingin dicapai oleh syari’at Islam dalam hukum-hakam perkahwinan adalah terciptanya kebahagiaan dan kesinambungan kehidupan manusia, serta tumbuhnya rasa cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Kebahagiaan, rasa cinta dan kasih sayang tersebut tidak akan tumbuh dengan sempurna tanpa adanya kerjasama di antara pasangan suami isteri untuk saling memenuhi hak masing-masing dengan sebaik-baiknya.

Syari’at Islam telah menetapkan aturan yang sangat cermat dalam masalah hubungan antara suami isteri. Dan syari’at Islam juga telah menjelaskan pelbagai hal yang harus dilakukan oleh suami isteri untuk memenuhi hak pasangannya. Sehingga jika setiap pasangan suami isteri menjalani dan memenuhi semua aturan syari’at Islam ini dengan cara yang benar dan tepat, maka dapat dijamin bahwa mereka akan mendapatkan kehidupan rumah tangga yang sakinah dan harmonis.

A. Pelbagai Hak Isteri yang Harus Dipenuhi oleh Suami:

Dalam Islam, isteri memiliki berbagai hak material dan non-material yang harus dipenuhi oleh suami. Hak material yang harus dipenuhi suami terhadap isterinya berupa:

Hak Mas Kahwin.

Mas kahwin adalah harta yang harus dibayarkan oleh suami kepada isterinya berdasarkan (1) akad pernikahan yang sahih yang berlangsung di antara keduanya, atau (2) berdasarkan terjadinya hubungan suami isteri dalam pernikahan yang fasid, atau (3) berdasarkan hubungan suami isteri dalam pernikahan yang mengandung syubhat[2]. Berdasarkan firman Allah Taala: "Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan"[Surah An-Nisaa’(4): 4].

Dalam akad pernikahan, mas kahwin menempati posisi sebuah pemberian dan hadiah yang harus diberikan oleh suami kepada isteri untuk menunjukkan kemuliaan dan kesucian ikatan perkahwinan. Serta sebagai upaya untuk menarik hati isteri, dan sekaligus sebagai tanda penghormatan suami terhadap isteri yang telah bersedia menikahinya. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Kamaluddin ibnul Hammaam seorang ulama fiqih mazhab Hanafi: "Sesungguhnya aturan mas kahwin ditetapkan dengan tujuan untuk menunjukkan kemuliaan dan pentingnya akad perkahwinan ... dan penetapan mas kahwin bukan merupakan satu pembayaran timbal balik, seperti posisi pembayaran dalam akad sewa menyewa kerana jika memang mas kahwin adalah pembayaran timbal balik bagi akad perkahwinan, maka dia wajib untuk disebutkan dalam akad perkahwinan".

Dalam akad perkahwinan, mas kahwin tidak menempati posisi sebagai salah satu rukun akad pernikahan, juga bukan sebagai salah satu syarat sahnya sebuah akad pernikahan. Dan walaupun mas kahwin tidak menempati posisi sebagai salah satu rukun atau syarat sahnya sebuah akad pernikahan, namun mas kahwin adalah sebuah pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri, sebagai tanda penghargaan suami terhadap kemanusiaan isteri. Berdasarkan firman Allah Taala: "Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan"[Surah An-Nisaa’(4): 4]. Dan perintah Nabi saw. kepada seorang laki-laki untuk mempersembahkan mas kahwin kepada wanita yang ingin dia kahwini:

انْظُرْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيْدٍ

“Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu, walaupun hanya cincin dari besi.” (HR. Al-Bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472)

Oleh sebab mas kahwin tidak menempati posisi rukun atau syarat dalam akad pernikahan, maka sebuah akad pernikahan akan berlangsung dengan benar tanpa menyebutkan mas kahwin, demikian juga jika kedua belah pihak suami isteri sepakat untuk tidak mempersembahkan mas kahwin untuk isteri.

Setelah terjadinya akad perkahwinan, dan setelah mas kahwin diserahkan kepada pihak isteri, maka harta mas kahwin menjadi milik isteri secara penuh, sebagaimana halnya harta miliknya yang lain. Dan seorang isteri memiliki kebebasan untuk mempergunakan harta mas kahwinnya sesuai dengan kehendak hatinya, jika memang dia adalah orang yang memiliki hak untuk menggunakan harta miliknya secara bebas (mencapai umur akil baligh dan memiliki kesihatan mental yang penuh). Dia juga memiliki hak untuk membebaskan suaminya dari kewajipan membayar mahar. Dan di samping itu, dia juga berhak untuk menghadiahkan harta maharnya kepada suaminya, tanpa ada seorangpun yang berhak untuk menghalangi tindakannya ini.

Di Malaysia, mas kahwin di seluruh negeri telah pun ditetapkan oleh badan agama yang berkaitan seperti yang tertera dalam jadual di bawah.



Sumber : http://www.islam.gov.my/informasi/nilaimaskahwinnegeri.html

(dipetik dari http://www.paksi.net)

No comments: