Sunday, May 4, 2008

Niaga: Al-Quran Terjemahan Darul Iman


TERJEMAHAN AL-QURAN

PUSTAKA DARUL IMAN


Assalamualaikum kepada semua pelawat Edariman.Blogspot.com.Di harapkan iman dan amal anda semua sentiasa terjaga dan istiqamah dalam melaksanakan tugas syahadatain yang telah kita sama2 janjikan dahulu.Masih ingat lagi?


Untuk posting kali ni,pihak Edariman ingin memperkenalkan produk yang tidak asing lagi bagi kita sebagai umat Islam -Al-Quran terjemahan keluaran Pustaka Darul Iman.


Kelebihan Al-Quran DarulIman

· Al-Quran Darul Iman adalah Al-Quran dengan terjemahan yang berasaskan kepada Resm Uthmani.


· Melalui semakan Lajnah Pentashih Mashaf Al-Quran, JAKIM yang terdiri daripada empat orang pemeriksa yang bertauliah dan berpengalaman.


· Mendapat kelulusan Bahagian Penerbitan Teks Al-Quran KDN.


· Terjemahannya adalah terbitan semula Pustaka Darul Iman ke dalam Bahasa Melayu setelah mendapat izin dan hak penerbitan semula oleh PT Syamil Cipta Media,Bandung, Indonesia.


· Quran Darul Iman merupakan satu-satunya al-quran terjemahan Malaysia bersaiz kompak yang telah mendapat kelulusan JAKIM.


· Saiz yang kompak (kecil-bersaiz tapak tangan),tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa kemana-mana selain mudah dirujuk,dibaca dan dibudayakan.


· Disertakan juga 3 penanda bacaan yang disertakan khusus untuk 3 tempat tanda bacaan harian,hafazan harian,dan tadabbur harian.


· Didatangkan dalam dua versi (zip dan diari) Al-Quran Darul Iman mempunyai reka bentuk terkini dan menawan yang pasti menarik minat para remaja.


PILIHAN WARNA YANG PELBAGAI


Cadangan Kegunaan
· Menjadi rujukan harian dan teman setia yang dibawa ke mana-mana seperti prihatin kita untuk membawa kad pengenalan ke mana-mana.


· Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah untuk para remaja (rekabentuk yang menawan,kecil dan beserta terjemahan) seperti hadiah sempena menyertai tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan.


· Boleh dijadikan strategi untuk menarik minat remaja ke program-program berteraskan agama.

BAHAGIAN DALAMAN Al-QURAN

· Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk (terjemahan yang ringkas dan tepat)Sangat sesuai untuk kegunaan pelajar di peringkat sekolah rendah,menengah mahupun di peringkat universiti dalam pembelajaran mereka.
HARGA PASARAN
Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti dan nilai produk.Al-Quran terjemahan Darul Iman Dipasarkan pada harga
RM38.00 untuk versi zip
RM45.00 untuk versi diari
Kami juga menerima tempahan dari luar negara,tetapi kos penghantaran haruslah ditanggung sendiri oleh pembeli bergantung kepada bilangan produk.
Akhir kata ,Insya-Allah untuk lain kali kami akan bawakan pelbagai lagi produk-produk Islami untuk memenuhi kebutuhan amal kita...

(dipetik dari http://edariman.blogspot.com/)

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum
Al-quran ni memang mudah diguna. Tahukah bgmn nak menempah/membelinya? tk