Thursday, May 8, 2008

Pengajian Perubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar, Mesir






Peluang melanjutkan pelajar di Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar. Peluang yang sangat bermakna dan tidak harus dilepaskan. Inoformasinya adalah seperti berikut:-

Tempoh pengajian7 tahun

Tahun 1 (sanah takhiliyah) : 10 subjek agama dalam bahasa arab (Nahu, Balaghah, Adab Nusus, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak dan Hafazan Al-Quran (juz29 dan 30). Wajib lulus semua subjek untuk proceed ke tahun 2. Jika gagal kali pertama, ada reseat exams. Jika masih tidak lulus selepas reseat exam, walaupun satu subjek, wajib mengulang keseluruhan subjek tahun berikutnya. Yuran adalah 3000 pound sterling.

Tahun 2 (Tahun 1 Perubatan): 4 Subjek perubatan (Anatomy, Histology, Physiology dan Biochemistry) + 2 subjek agama (Akidah & Feqh) + Bahasa Inggeris & Terminology + Komputer + 5 juz hafazan (Juz 26-30). Yuran adalah 1500 pound sterling.

Tahun 3 (Tahun 2 Perubatan) : 4 Subjek perubatan (Anatomy, Histology, Physiology dan Biochemistry) + 1 subjek agama (Sirah) + Bahasa Inggeris & Terminology + Psycology (bahasa arab) + 5 juz hafazan (Juz 21-25). Yuran adalah 1500 pound sterling.

Tahun 4 (Tahun 3 Perubatan) : 4 Subjek perubatan (Pharmacology, Pathology, Parasitology, Microbiology) + 1 subjek agama (Tafsir) + 5 juz hafazan (Juz 16-20). Yuran adalah 1500 pound sterling.

  • Subjek untuk tahun 5, 6, 7 masih belum dpt diketahui, kerana pelajar melayu di al-azhar yg paling senior adalah bac kami (tahun 3 / tahun 2 perubatan)
  • Jumlah pelajar lelaki pada tahun 2006/2007 adalah kira2 6 orang sahaja. Pada thn 2007/2008 kira2 10 orang pelajar baru telah sampai.
  • Yuran untuk tahun2 selepas tahun 3 masih berjumlah 1500 pound sterling setahun.
  • Kebanyakan pelajar yg ingin melanjutkan pelajaran ke al-azhar ditaja oleh zakat negeri atau persendirian, kerana JPA atau MARA tidak akan menghantar pelajar ke Univ Al-Azhar.. Jadi, jika anda benar2 ingin ke al-azhar, sila lupakan tawaran JPA atau MARA..
  • Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya. Sila isi Univ Al-Azhar di ruangan pilihan pertama jika ingin ke al-azhar.


maklumat lanjut di http://e-zikra.blogspot.com/
(dipetik dari http://kembara-ulung.blogspot.com/)


1 comment:

thaaqhib said...

http://faqmesir.wordpress.com

utk FAQ ttg perubatan azhar